Month: Mei 2021

Air yang Kita Perlukan

Tasik Baikal ialah tasik terdalam di dunia, luas dan mengagumkan. Dengan kedalaman 1.61km ke bawah dan kepanjangan 636km serta kelebaran 79km, ia mengandungi seperlima air tawar di dunia ini. Tetapi sebahagian besar air ini tidak boleh diperoleh. Ini kerana Tasik Baikal terletak di Siberia, salah satu kawasan terpencil di Rusia. Dengan keperluan bumi yang sangat mendesak terhadap air, ironiknya sumber bekalan air yang begitu besar tersorok di tempat yang tidak ramai orang boleh mendapatkannya.

Mendarat dengan Selamat

Di Papua New Guinea, suku Kandas menanti dengan teruja kerana ketibaan Alkitab Perjanjian Baru yang dicetak dalam bahasa mereka. Bagaimanapun, untuk sampai ke perkampungan itu, pelawat yang membawa Alkitab harus melalui lautan dengan bot kecil.

Gawai Menurut Perspektif Alkitab

Baca Selanjutnya

Adakah perspektif anda terhadap Hari Gawai itu betul? Mari kita melihatnya menurut perspektif Alkitab!

Kaamatan Menurut Perspektif Alkitab

Baca Selanjutnya

Mari kita hayati makna Hari Kaamatan berdasarkan Alkitab dan memuliakan Tuhan ketika kita menyambutnya!

Hoooha! Aramai

Kita teruja dengan segala kemeriahan perayaan ini. Inilah juga masa untuk mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kita yang penuh rahmat! Terus renungkan makna istimewa bagi perayaan ini!

Berjalan, Jangan Berlari

Pada setiap waktu subuh, seorang wanita akan bersenam dengan berjalan kaki. Ketika saya menghantar anak-anak ke sekolah, dia sudah berada di bahu jalan. Dengan dilengkapi sepasang fon kepala yang besar dan stoking berwarna-warni separas lutut, dia berjalan dengan gerakan tangan dan kaki berganti-gantian serta kaki sebelahnya selalu menginjak tanah. Jenis sukan berjalan kaki ini berbeza dengan berlari atau joging. Aktiviti Power Walking melibatkan pengekangan yang disengajakan, iaitu mengawal kecenderungan semula jadi badan untuk berlari. Walaupun sukan ini kelihatan mudah dilakukan, ia sebenarnya melibatkan banyak tenaga, tumpuan dan daya seperti berlari dan joging, cuma semuanya di bawah kawalan.